sajak, sastra, puisi, poetry, poem, writing, menulis, cerpen, novel, diksi,
 
Kuterjah pintu kamar. Pintu kamar terbuka luas.Kulihat Amira membelakangiku tekun mengulangkaji pelajaran.Aku menerpa Amira yang masih tidak peduli akan kehadiranku. Tanpa berlengah kutusuk belati berkali-kali ke belakangnya.Amirah rebah terkulai di atas lantai.Matanya terpejam rapat.Ditanganku masih kugengam erat belati berlumuran darah. Masihku ingat pesanan yang dihantar teman lelaki Amira melalui fbku.Bunyinya..."Pakcik, kami telah terlanjur....harap Pakcik setuju kami berkahwin ".

Besoknya di penjara aku didatangi seorang peguam yang dilantik oleh isteriku untuk membelaku.Antara berita yang tak dapatku terima kenyataannya dari peguam itu...Amira masih suci.Teman lelakinya sengaja menipuku semata-mata mahu aku merestui perhubungan mereka.

Sesalku tak sudah...



Rohaizah Ahmad
 
 
 “Kenapa awak delete gambar awak dalam profil?”
“suka hati sayalah nak buat apa dengan gambar saya”
“Awak…tolonglah letak balik gambar awak kat frofil tu…saya rindulah”
“Sebab saya tak nak awak rindu sayalah, saya buat macam tu”
“Aik…rindu awak pun salah?”
“Yalah…saya tak layak dirindui”
“Ha..ha..ha..awak memang lucu dan nakal”

Belum sempat aku menulis ayat seterusnya..blackout…skrin laptop turut gelap. Aku harap dia mula belajar mengerti mengapa aku hapuskan semua gambar-gambar diriku dalam profil.




Rohaizah Ahmad
 
 
 “Robert saya dah tak larat nak makan ni setiap hari”
“Makan ajalah, kat sini mana ada sambal yang you nak tu”
“I dah tak tahanlah, I nak balik Malaysia”
“Ok darling… tapi you kena tunggu hujung tahun ,I sibuk sekarang”

Bosan dah sampai tahap tepu. Dah tak sanggup aku berlama-lama di sini. Entah apalah nasib yang sengaja aku tempah.Kalaulah aku tahu tiap-tiap hari asyik belasah kentang goreng pasti kutolak tawaran Robert tempoh hari.

“Peluang hanya datang sekali…kalau awak nak jawatan pereka kasut tu, awak kenalah berkurban sikit. Tak lamalah ..cuma lima bulan”. “Lepas tu awak boleh pilih mana-mana cawangan”. Kata-kata Robert hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Aku asyik terbayang sambal ikan bilis……



Rohaizah Ahmad
 
 
Hari ini aku tinggalkan dirimu di perhentian ini untuk memulakan hidup baru. Maafkan aku kerana meninggalkan dirimu untuk meratah sebuah kebimbangan tentang tiada pertemuan lagi untuk kedua kalinya. Aku pun tidak sanggup untuk mengenepikan kehendak hatiku. Namun kehidupan realiti selalu mahukan kita begini. Telah aku siapkan untukmu sebidang hamparan duka. Kalau lara yang kau rasai ketika berada di sana…ketahuilah aku jua sedang merasakannya.

Rohaizah Ahmad

 
 
Aku tahu terlalu sakit untuk melupakanmu saat ini namun aku pasti lama-lama nanti aku pasti dapat melupakanmu. Terimakasih kerana menguji ketabahanku….namun aku terlalu rindu. Aku tidak pasti mengapa kehadiranmu kuterima biarpun pada mulanya aku tidak peduli.
Kutahu ada sebab tertentu Tuhan menemukan kita. Barangkali untuk menyatakan yang kita sebenarnya terlalu banyak perbezaan dan tak mungkin mampu menjadi teman.



Rohaizah Ahmad
 
 
Aku melihat sekali lagi wajah di cermin.Membetulkan alis keningku. Menebalkan celak mataku agar tidak ketara kesan mataku yang tidak mampu lelap semalam..Aku melepaskan keluhan perlahan. Mampukah aku terus bertahan dengan situasi yang sedang kualami kini. Entahlah aku sendiri tidak pasti.Biarlah keadaan yang menentukan. Aku membetulkan tudung biru yang kupakai pagi ini sebelum memcapai tas tangan biru hadiah dari Amri sempena hari lahirku tahun lepas.Sambil memperbetulkan baju kurung biru yang kupakai aku melangkah turun ke tingkat bawah.

Tiba saja ditingkat bawah Datin Zuraida menyapaku. “Lia, mari sarapan dulu”.Tak mama…Lia puasa”. Jawabku pendek. Datin Zuraida tersedak mendengar jawabanku.. Seingatku sepanjang perkahwinanku empat tahun dengan Amri dan sebumbung dengan mertuaku, tak pernah aku melihat ibu mertuaku berpuasa di bulan ramadhan. Pun begitu. aku masih menghurmatinya sebagai mertua



Rohaizah Ahmad 
 

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    November 2011

    Categories

    All


sajak, sastra, puisi, poetry, poem, writing, menulis, cerpen, novel, diksi,